Sunday, August 12, 2018

Kari daging simple

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hai..hai..hai..

Bertemu lagi dalam rancangan - MAKCIK PAH AWAT PEMALEH SANGAT..daa~ -

Hari ini makcik akan ajar cara-cara buat kari daging paling simple (please read malas) di abad ini.

Berilhamkan pokok kari katek makcik yang tumbuh bahagia sepanjang makcik berpantang, maka pada kali ni kita cantas dia sikit bagi jangan tinggi sangat. Sat gi tinggi dah blur den nak buh kat mana lagi pokok2 den ni haa..๐Ÿ˜…


Pasu antik..haha
Periuk nasi dah rosak, jangan disia2kan.
Nak buang sayang. Hadiah kawen ni. Lepas hampir 5 tahun dia berkhidmat, janganlah kita lupakan jasa dia.hihi


Ok..ini bahan2 yang *diperlukan..
๐Ÿ’Ž rempah 4 sekawan
๐Ÿ’Ž bawang holland
๐Ÿ’Ž bawang putih dah blend
๐Ÿ’ŽDaun kari

Bahan lain:
๐Ÿ’ž serbuk kari daging
๐Ÿ’ž asam jawa
๐Ÿ’ž garam
๐Ÿ’ž air
๐Ÿ’ž daging

*sebenarnya bahan ni je ada kat rumah.๐Ÿ˜‚


Selain simple, menu2 masakan makcik ni biasanya siap paling lewat sejam.
Yang ini 40 minit settle๐Ÿ˜†

Ok..jom start!

1. Ambil serbuk kari dalam 3 sudu, campurkan dengan sikit air jadikan macam paste gitu


2. Basuh daging bersih2. Potong daging elok2. Salah potong lambat la nak empuk

3. Letak sikit minyak dalam periuk.
Minyak dah panas, tumis bawang2an dan 4 sekawan sampai naik bau.

4. Masukkan paste kari tadi.
Gaul2 (seeloknya) sampai pecah minyak.
Makcik malas nak tunggu lama2..so makcik terus sambung step seterusnya.

5. Masukkan daging, biarkan air dia keluar sikit.

6. Masukkan air secukupnya.
Air makcik kaler tu bukan karat hokey.. makcik guna mangkuk paste kari tadi. Taknak membazir punya pasal.kih3

7. Masukkan paste asam jawa. Agak je la..jangan sampai sebotol pi buh dalam tu lak.

8. Biarkan lama2 nak bagi daging empuk.

9. Step ni paling penting.
Sementara tunggu daging empuk, makcik gi lah basuh pinggan2 mangkuk2 yang dah guna tadi.
Potong2 sayur- rendam dalam air garam.
Kunyitkan ikan.
Masak nasi.

Settle yang ni, angkat periuk kari letak tepi jap. (Dapur masak makcik 1 je.so kena ganti2)

Makcik goreng sayur, goreng ikan.

10. Siap menggoreng, kita sambung didihkan kari tadi. Biarkan je dia.
Time ni kita basuh pulak mangkuk2 dan bekas yang guna untuk sayur dan ikan tadi.

11. Rasa sikit, jangan lupa buh garam. Imbangkan pedas kari-masam sikit dan masin secukup rasa. Taburlah daun kari. 

SIAP!๐Ÿ˜


Dalam masa 45 minit, siap semua ni..

Makan buh kicap sikit..3x tambah..๐Ÿ˜

Tuesday, May 29, 2018

Resepi tomyam pemaleh tanpa paste

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejak mengenali erti kehidupan(ceceh..ayat dah kenapeee skema benor๐Ÿ˜†) saya sangat suka makan tomyam.

Dulu pernah la try buat tomyam sendiri. Pergh..giler tak sedap..terus stop buat. Sampailah saya kerja kat kedai makan masa cuti sem sementara nak masuk 2nd year. Dapat tips dari makcik yang kerja sekali dengan saya. Dia kata masak tomyam la senang..bubuh limau nipis banyak2 lagi sedap. Makanya tips tu saya simpan. Bila dah kawen baru praktikkan..hak3

So sekarang lagi suka tomyam yang sendiri buat. Sebab susah nau nak jumpa tomyam yang kena dengan tekak, walaupun tiap kali makan kat kedai mesti order tomyam๐Ÿคฃ

Makanya hari ni, saja je la saya nak tepek resepi tomyam pemalas saya ni. Tapi gambar ni gambar lama dah. Nak update dulu, tak tulis2. Sekarang baru rajin nak taip. Ngeh3



RESEPI TOMYAM


Bahan-bahan:
Ayam
Sayur - carrot, kobis bunga, saderi, baby corn, tomato
Cili giling
Asam jawa adabi
Serai
Daun limau purut
Limau nipis
Bawang holland
Lengkuas
Cili api

TIPS:
1. Sayur tu korang nak buh apa pun tak kisah..dulu saya buh cendawan. Tapi cendawan telah merosakkan rasa tomyam tu, so tak suka letak dah.
Now lagi malas..sayur just carrot,kobis bunga ngan tomato je..haha

2. Kalau nak buat tomyam putih, takyah buh cili paste

3. Kalau nak buat tomyam bagi lagi pekat n merah, guna tomato paste. Saya biasa blend je tomato rebus dalam 2@3 biji. Pastu curah je dalam periuk.๐Ÿ˜

Langkah-langkah memasak:

 1. Isi air dalam periuk.
Sory periuk buruk.memang ni je periuk paling besar dalam rumah ni๐Ÿ˜‚



2. Masukkan asam jawa



3. Titikkan lengkuas dan serai - buh dalam periuk serta masukkan air perahan limau nipis dan cili giling.

4. Bila air dah mendidih, masukkan ayam.
Ayam ni biasa saya beli memang suruh penjual potongkan kecik2. So balik tinggal cuci je.

 5. Masa nak tunggu air mendidih tu, potong la sayur2 semua. Rendam jap dalam air garam. Bila dah masukkan ayam n air dah menggelegak lagi sekali, masukkan sayur ni pulak.
Jangan lupa tapis air bergaram tu..pastu bilas sayur dengan air bersih.. kang masin sangat lak tomyamnya๐Ÿ˜…

 


6. Bila dah masukkan sayur, air menggelegak lagi, masukkan daun limau purut, cili yang dititik guna lesung dan bawang holland. Oh..garam jangan lupa.

7. Tutup api, siap.๐Ÿ˜

TIPS LAGI:
1. Bawang holland lagi sedap dari bawang bombay. Bawang bombay sedap kalau masak kari.

2. Kalau ada anak kecik tak makan pedas, sama ada masak asing tanpa cili (step sama- awliya masa belum 2 tahun, saya buat tomyam xde cili, garam, gula..tapi asam jawa jangan buh byk sgt..kang masam xlalu lak nak makan) atau, cili padi tu xyah titikkan dan cili paste xyah guna. Nanti makpak nak makan, pandai2 la genyeh cili api tu sendiri.haha

3. Jangan bubuh tomato dalam tomyam awal2. Nanti lunyai.. bila nak makan, baru letak tomato. Kecuali korang suka makan tomato lunyai๐Ÿ˜Š
Tips ni saya dapat masa site visit PPRT Kelana Jaya. Sambil2 interview tukang masak tu pasal PPRT kat sana, mata saya duk perati je dia masak tomyam. Tomato tu dia buh dalam plastik-then baru masukkan tomyam panas2. So tomato masih crunchy kalau gitu.

4. Balancekan rasa masam dan masin.
Tak cukup masam, just tambah je asam jawa paste tu.


Resepi ni untuk 2 orang dewasa makan bagi 2 sesi makan.

Well..malas kan..

Lauk tengahari, hentam sampai malam.

Bulan puasa lak, dari berbuka, boleh buat sahur sekali..keh3

Timing siap masak, dalam 1 jam.
Siap sempat clearkan sinki lagi.
Punya la tak suka duk dapur..haha

Wednesday, January 17, 2018

Mimpi seram

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alahai..baguih benor le tu entry pembukaan cite pasal hantu๐Ÿ˜‚
Tapi serius tengah berdebar lagi.
Sajalah coret2 kat sini buat kenangan๐Ÿ˜Œ

Malam tadi saya n dedobot tido awal. Sebelum isyak dah tido. Sebab nak tunggu dia tido sendiri memang nan ado nye kalau dah balik rumah jidah ni. Sanggup tahan mata nak main punya pasal. Padahal petang tak tido. Sebelum dia buat perangai. Baik tidokan cepat.

So sebelum tido, dah pujuk2 dulu la suh peluk mainan la ape la..then baca doa tido, ngucap ngan selawat pastu terus terlelap๐Ÿ˜‚ takdan dah baca ayat qursi, 3 qul semua.. 

***************

Sebenarnya tak tau apa tujuan saya masuk join team penyelamat mangsa2 kebakaran di sebuah sekolah. Nak kata saya pandai menyelamat, tak jugak. Tapi tahu2 suasana dah kelam kabut. 

Saya kena follow seorang budak lelaki yang dalam team yang sama (panggil A la ye..lupa nama dia dalam mimpi tu). Dan agak blur jugak sebab takde pun nampak api. Yang saya nampak cuma muka2 pelajar yang pucat dan ada yang berjalan perlahan, ada yang berlari cemas.

Bila sel2 otak mula berhubung dalam mimpi tu, rupanya saya salah seorang ahli team untuk menyelamatkan roh2 yang terperangkap kat sekolah tu..
Ape kehayyyy๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ seram giler kot muka budak2 tu ..pucat lesi je.. lalu sebelah kita lak tu.. n saya takde pun ilmu pendinding ke ape.. memang menyorok je la belakang A. 

Kami pun berjalan di satu korridor yang menuju ke arah beberapa buah kelas. Kadang2 ada juga melintas segerombolan 'pelajar-pelajar' dan tanpa hiraukan mereka A mengikut salah seorang 'pelajar' yang seakan-akan sedang memberi petunjuk kepada kami.

Dari korridor yang melintasi beberapa buah kelas, kami melalui sebuah tangga menuju ke kawasan ruangan bilik2 tertutup di aras bawah. Suasana memang suram. Terdapat beberapa orang 'pelajar' yang berwajah muram sedang menyusun pinggan2 di rak. Macam belakang cafe pun ada. Tapi pinggan2 tu pinggan kaca. 

Mula2 suasana suram tu tenang je. Tiba2 ada 'pelajar' yang mengamuk dan membaling pinggan di tangannya ke arah saya. Tapi pinggan tu tak kena pun pada saya. Pinggan tu terapung dulu sebelum jatuh di kaki saya. 'Pelajar2' lain dengan berwajah pucat bengis terus mengambil pinggan yang lain dan baling ke arah saya. Ada juga yang cuba hentakkan pinggan itu di kepala saya namun tak berjaya. Saya tak bergerak walau seinci pun. Dah la tak faham apa motif diorang serang saya ni๐Ÿ˜…. Tiba2 A cakap 'bagus kak. Akak berani'
Berani??? Ya right..den tengah blur tak habis lagi ni..
Dan bila A cakap macam tu, wajah 'pelajar2' tadi tiba2 bertukar menjadi ceria. Dan tak pucat lagi.

Dalam masa yang sama, dalam mimpi tu saya nampak muka2 segerombolan 'pelajar2' di koridor tadi seperti tidak berpuas hati dan bertukar menjadi rupa yang menyeramkan. Mereka terus berlari menuju ke kawasan kami berada. 'Pelajar2' yang baling2 pinggan tu kemudiannya terus berlari menyelamatkan diri. Dan A pun ajak saya lari. A kata gerombolan yang kejar tu roh jahat. Yang baling pinggan tu roh baik. Rupanya roh2 pelajar sebenar dan bercampur dengan roh2 pelajar tipu. Ada roh lain yang datang ke sekolah tu jugak dan menyamar jadi mangsa kebakaran. Jadi kami ni kena selamatkan roh pelajar yang baik2 ni la..

Saya dan A terus berlari sehingga kami sampai ke 1 lorong yang agak gelap..lampu pun samar2 je.. tiada siapa di situ...
Tiba2 tangan A menggigil.. saya tanya, A..tangan ko tu.. kenapa menggigil?
A jawab, saya boleh berhadapan dengan hantu..tapi yang ini...
Ada apa? saya tanya. Sebab saya tak nampak apa2 kecuali di sebelah kami ada tingkap.
Iblis, kak. 
Bila dia sebut mcm tu, ada sayup2 cahaya merah di sebalik dinding.
Akak tunggu sini. Biar saya pergi. Kalau ada apa2 akak lari. 
Adeh...jantung den dah macam hape dah time ni..
Disebabkan ianya satu mimpi, wpun saya ada ditepi tingkap tadi. Saya masih juga boleh nampak si A dan cahaya merah si iblis.
Bayangkan ada 1 hujung dinding. A berdiri sambil bersandar di dinding. Manakala si iblis di belakang sikit dari kiri A. Xtau apa yang mereka soal jawabkan, yang pasti A kalah dalam sesi soal jawab itu.
Kedengaran ketawa garau si iblis sambil menarik A ke arahnya. Sambil menangis ketakutan saya cuba lari, tapi di korridor kedengaran derap kaki roh2 jahat yang cuba berlari mendapatkan saya. Option yang ada, cuma tingkap.
Sebelum sempat saya lompat, dengar suara A menjerit ketakutan tapi sempat berkata 'lari kakkkk!!!'..

**************

Tersedar...
Dedobot merengek kenapa ntah..
Mengigau kot..
Pundi kencing yang penuh ni saya abaikan sebab jantung dah macam nak gugur bangun terkejut2 macam tu. Hampeh punya mimpi..
Takdan nak tengok jam pukul berapa. Mata macam kena gam.

***************

Dalam sebuah bilik seperti bilik guru besar. 'A' meracau2 seorang diri. Di belakangnya ada 1 frame bertulisan 'pengabdi syaitan' . (Bukan tajuk cerita ke tu? Saya pun belum tengok lagi cite tu๐Ÿ˜…)

Sambil meracau, 'A' berlari keluar dari bilik menuju ke tangga. 
Agak tak faham dengan situasi yang ini sebab 'pelajar' dah tak ramai. Dan muka masing2 pun ceria je. Si 'A' pula ibarat seorang yang tidak normal tetapi atas belas ehsan sekolah, dia dibenarkan berada di sekolah itu.
'A' yang disebalik tangga itu tiba2 mengejar saya. Saya lari sekuat hati dan tiba dia sebuah tapak perhimpunan. Tapi 'A' tak pula kejar saya sampai ke situ. Dia berhenti di hujung blok mengadap tapak perhimpunan tu sahaja.

Di kawasan tu, terdapat sebuah jip dan beberapa orang pelajar sedang berlatih bersukan.. ada yang memanah, ada yang bermain badminton. 
Bila driver jip tu ajak kami naik jipnya. Kami dengan gembira berebut2 mengambil tempat duduk, dan tempat saya di belakang sekali. Baru nak berseronok, entah macam mana si 'A' menerkam saya dari belakang dannn....



Suasana kembali ke scene dekat tingkap tadi. Seakan2 saya dapat berada dalam diri si A.
Lepas berjaya melepaskan diri dari iblis. Jalan yang ada untuk selamatkan diri adalah lompat dari tingkap tu. Di bawah ada meja.. tapi dekat hujung dinding belah kanan.
Allah...tawakal je la. Aku kena lari..
Bisik A dalam hati.

A terus lompat dan berjaya mendarat dengan selamat. Dari jauh kelihatan seorang guru yang macam tak puas hati dengan A. Dia memanggil2 guru2 yang lain sambil menujing jari ke arah A. A malas nak hiraukan mereka dan turut membantu pihak bomba yang sedaya upaya cuba memadamkan api.
(Agaknya ni mcm flashback masa sekolah tu terbakar kot. A ni pun cikgu.. tapi dia kena fitnah jadi punca kebakaran tu jadi).

Sedang A (saya la tengah jadi A ni) cuba nak tolong padamkan api, tiba2 ada seorang perempuan memanggil si A untuk melarikan diri. Nama dak pompuan tu lydia ke claudia ke hape ntah..lebih kurang gitu la.. free hair. Rambut ikat pony tail. (Dalam mimpi ni dapat rasakan dia pun ahli team menyelamat dalam mimpi part 1 tadi. Maknanya ahli team ada 3 orang - saya, A, claudia/lydia).

Bila si A( ingat tauu..saya yang nampak apa A alami๐Ÿ˜‚. Tulis sAya la macam tu..senang nak cite) toleh balik ke arah kebakaran tadi, suasana bertukar semula menjadi suram.. muka guru2 yang berkumpul tadi bertukar menjadi muka yang menyeramkan..

Claudia/lydia bawa sAya lari ke tempat yang selamat. Tapi setiap penjuru koridor, ada sahaja roh2 jahat yang mengejar kami. Wajah claudia/lydia sangat tenang. Kiranya antara ahli team, dialah paling terer sekali. 

Lokasi terakhir kami, kami berada di satu kawasan yang (nak kena lukis ke?haha) ada 4 lorong koridor dan 3 pintu ruang bilik yang kecil. Gigih mak temah lukis nak jadikan kenangan punya pasal๐Ÿคฃ

Ginilah lebih kurang..

Masa tu claudia kata kami dah terperangkap..xde option lain melainkan tunggu kat situ sampai pagi. Nanti lepas saya stopkan dorang dari masuk area ni, kita tunggu dalam bilik ni ya. Sambil tunjuk ke bilik bertanda X kuning tu. sAya pun angguk la..follow je dia sebab dia terer kan..

Sambil baca ape ntah xtau, claudia ludah kat kawasan merah koridor 1 dan 2. Bila claudia dah ludah dekat kawasan merah corridor 3, dia tiba2 nampak sesuatu dan nak pergi check apa benda tu. Dia pun langkah masuk ke koridor 3 .. xde jauh mana.. sAya boleh nampak dia. Dan bila dia nak lari masuk balik ke kawasan kami, di tersekat. Ah sudah!! Dia yang sebelum ni muka tenang je pun dah jadi muka cuak giler. Dia lupa yang dia pun sebenarnya adalah roh. So dia xboleh lepas dah kawasan tu. Dalam masa tu boleh nampak berkoyan2 roh2 jahat yang datang nak serang dari koridor 1 dan 2.. masing2 muka tak puas hati mencakar2 dinding lutsinar yang ada.. sAya pandang claudia.. claudia tak mampu nak tolong lagi. Korridor 3 makin dipenuhi dengan roh jahat berwajah seram.
Dalam kekalutan tu, sAya teringat, koridor 4 masih terbuka. Serius nak nangis time ni. Dari jauh nampak 1 makhluk melangkah perlahan2 ke arah sAya. sAya terus masuk ke bilik kecil X tu. Alahaiii...rupanya bilik tu toilet lama yang dah ditutup lubangnya. Dan pintu tandas tu pun bukan tertutup semua.. ada ruang di atasnya. Walaupun sAya dah kunci pintu tandas tu, tiba2 ada kepala slow2 muncul dari ruang atas pintu.. jantung dup dap laju toksah cakap la.. dah dalam separuh muka seram dia tunjuk slow2, tiba2 laju seketul muka betul2 depan sAya!

*****************

Nasib baik tak terkucil atas katil. Dah la tank penuh. Melampau betul mimpi. Siap ada part 1 part 2..boleh to be continue bagai ek..grr..

Tgk jam baru pukul 1. Bangun solat, update cite ni sementara fresh, n now dah cuak nak tido balik.. ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘

P/s: xde seram mana pun kan..ala..nama pun mimpi.. anggap je la macam tengok wayang yang bayar mahal2 sekali hampeh..hak3