Thursday, December 15, 2016

Wedding IZZAH

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Topup RM30 dapat internet 1.5GB FREE tapi baru guna separuh. Ape kesss... So, hari ni last day sebelum data expired,baik kita up cerita gi wedding Izzah hari tu..hehe
(P/s: boleh whatsapp 0137141201 untuk info pasal internet FREE tu hokey😉)

Ikutkan hati,nak je gerak gi Kedah malam sambil-sambil mengimbau kenangan time gi Penang dulu. Dengan harapan dapat jugak lah melawat mana-mana tempat yang best. Namun harapan hanya tinggal harapan.Harapan menjadi layuuuu...keh3

Pagi sabtu tu dalam pukul 8 la kitorang gerak dari rumah. So bajetnya tengahari tu dah sampai. Sempat la nak nengok Izah nikah. Dia kata nikah lepas asar.

Sekali haaaa kauuu...dalam sejarah hari tu semua orang yang nak gi utara makan jem. Penat,keciwa,kebulur..
Pukul 8.30 malam baru sampai Sungai Petani. Tu pun main singgah je mana-mana hotel yang ada.

Alhamdulillah, Allah mudahkan. Allah tahu anak umi pun dah penat kot. Ngam-ngam cantik je tinggal lagi 1 bilik kosong. 

Hotelnya simple. Tak ingat pulak nama dia..
Woods ke apa ntah. Nanti saya tepek kad dia. 

Flat rate
Bilik 1 katil queen RM88
Bilik 1 katil queen 1 single RM120

Ini je ingat..ada lagi..tapi memori otak den tak cukup space nak ingat semua.haha
Harga ni cuti sekolah ke tak cuti ke sama je. Bagi saya harga dia ok la. Sebab biasa kalau pegi hotel yang 1 katil queen pun dah seratus lebih.

So lepas solat ,lepak-lepak jap layan cite THE BRAIN. Then keluar cari makanan. Alhamdulillah dekat depan hotel ada orang bukak gerai . Tapi dia jual nasi lemak dengan roti arab je. So pilihannya nasi lemak la. Nasi lemak rege singgit. Beli 3 bungkuih , 1 untuk en hubby, belen opkos untuk den.. ingat cukup ka 2 bungkuih. Pasai malu nak beli banyak-banyak ja mintak lagu tu..mih2

Pagi ahad tu masing-masing terbongkang. Mujur ada si kecik tolong kejutkan😘

Siap-siap semua, pukul 11 check out. Ni je gambar hotel yang sempat snap. Tak dan nak cari angle cun sikit😑



Nampak tu mandor dah tunggu


Lepas letak barang dalam kereta nampak ada kopitiam dekat hujung hotel tu. En hubby kata nak gi tengok. Eden ni dah memang pantang nampak makanan. Bila kata nak makan, for sure la i agreed kan. Haha

Tapi rupanya itu antara kesilapan yang dilakukan dalam trip kali ni.
Ye lah..nak gi kenduri kejap lagi ni..gi bantai makan dulu tu buat apa. RM22 habis gitu je.

En hubby order nasi lemak+ sambal ayam
Tak habis
Baby punya sarapan 1 set half boiled egg. Telur ada 2 biji
Ni kompom la tak habis
Me makan meehoon goreng+ sambal ayam
Kalau tak habis tu nampak sangat tipu..ngah3
Saya punya memang licin berseri la. Yang lagi dua orang tu punya pun saya tolong habiskan. Baru berbaloi bayar RM22.
Bila taip ni tertengok pulak perut yang macam dah ke depan sikit. 
Sapa kata peknen,den tumbuk

Konsep ala-ala kampung sikit. Saya suka cawan dan pinggan dia. Kena ada koleksi ni. Bila lah nak ada rumah sendiri.
(Sebab tu tak dapat kot. Belum apa-apa dah nak membazir🙊)

Air bandung cincau saya 😍

Lepas tu chow la..nak gi kenduri pulak.

Sebab tu malas nak selpie.muka mintak kena sepak. Yang kecik tu buat muka pun tetap comel.muah!

Ok..gambar ni buat den rasa memang kena beli lens...tak tally la jalan ngan somi i gini. Nanti ingat i nenek dia pulak😣

Sengah jam lepas tu,sampai tempat kenduri.

Sengah jam?yaaaa....betul..lepas brunch,sengah jam lepas tu makan lauk kenduri pulakkk..sebelum makan,amik gambor dulu..takut kang kempunan..haha

Si kecik ni duk ralit dengan bunga

Ok..faham.. 
Yang nampak dalam gambar tu izzah ngan awliya je...mane umiiii????

Tergerak hati nak selpie..kalau tak hampa tengok gambar seperti di atas. Nampak la ghupe sikit ye daaakkkk...

Lepas amik gambar,gi makan jap. Saya dah agak dah en hubby ni mesti tak mo makan punya. Sebab dah makan tadi. Takpe la..boleh dia pegang awliya. 
Dapat la makan lauk pengantin...😁
Pastu amikkan abc utk en hubby.
Laksa amikkan untuk beliau,beliau tak habis.I le tukang habis. Demi melunaskan kata-kata saya dulu 'makan makanan sampai habis licin dapat suami soleh'. Suami soleh alhamdulillah.Perut den je yang nak kena bentuk bagi solehah sikit😅

Lepas tu ingat nak gerak la.tengok pengantin tengah makan.masuk umah kejap sebab ada ekon..miahaha

Saje snap gambar pelamin. Kot nanti nak fefeeling perantin baru, edit je la gambar kawen dulu tepek kat pelamin izzah ni..haha

Layan budak ni duk jadi ulat. Panjat sana.panjat sini.
Panjat la nak oi..asal jangan turun udah. Kang terbalik terkirap dulang hantaran acik izah tu..

Tinggi suami izah ni😂

Ikutkan hati memang tak puas jumpa izah. Rindu beb. Tapi apa pun orang hepy sangat izah dah ade peneman tidoq😜
Sebelum ni saya pernah post pasal kalau saya jadi lelaki,perempuan yang akan jadi calon antaranya orang macam izah ni. Bunyi macam les je...takooottt..hahaha
Nanti saya cari balik post tu. Syok jugak baca balik ape yang di repek kan dulu.

Semoga izah bahagia dengan suami izah. 
Tudung den tu dah bakpe teruk sangat melendutnyeeee...grrrr


Ulasan: trip 2 hari 1 malam je😒
Kalau tak sebab minggu ni nak pergi melencong dengan ibu, kompom den merempan dapat gi trip sekejap gitu. Datang jauh-jauh gi kenduri je. Moga semangat travel meresap masuk dalam diri en hubby.puhhh!