Monday, August 8, 2016

kerinduan terubat juga part 2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ingat tadi nak up gambar2 kasut prewalker. Tapi lupa pulak saya nak mengedit dulu apa yang patut. Bila bukak blog,e'eh...lupa pulak nak update family johor dtg hari tu..mih3..

So,sambung cerita..

28 julai 2016

Pagi tu si tembun bangun lambat. Kak ngah dah siap half day,get ready nak balik tu baru dia bangun. Lepak kejap umah kak ngah.makan2 dulu. Tembun nangis2 buat pasal dulu sambil bincang2 apa nak buat sebab dilema nak beli hadiah apa dan kat mana. Hurmp! Pompuan sangat. Benda kecik pun bincang berjam2.haha

Last2 decide beli baju dekat IOI Mall Putrajaya. Memandangkan 3 jejaka yang tak dapat masuk dewan lepak kat sana main ice skating,so kita turut serta sekali lah. Sampai sana jalan2 cari baju. Yang dijumpai dulu adalah seluar jeans pompuan 9rm. Kalau jalan dengan minah bernama kak ngah ni memang sokmo jumpa yang murah2. Ape2 hal rembat yang tu dulu.. pastu pusing2 sambung cari baju untuk angah. Saaaampai lah angah dah keluar dewan,kitorang baru terkedek2 decide nak beli baju apa.


Berselepi di IOI Mall




Tempat pertemuan seterusnya

DAM PUTRAJAYA

sebelum layan gambar2 best, layaaaan la dulu gambar tak best ni (-_-")

disebabkan gendang gendut tali kecapi saya tido tak sedarkan diri, dorang boleh selpie depan deeennn..huh!


*minah tudung biru buat muka bangga*




*dan lagi*

ok dah...lepas ni gambar best..hahaha


Nak amik gambar ramai2.tapi sokmo tak cukup korum..


















*muke stress try wide selpie*






Lama dah mak2 tak selpie berdua cenggini..




Akhirnya bila kawan angah sampai,dialah jadi mangsa jadi photographer.hahaa..nasib la dikkk...






Lepas tu, disebabkan malam tu dorang nak datang beraya umah den. Den dah plan la nak buat bubur kacang. Mujur dah rendam awal2.. tu pun sebelum keluar rumah dah lupa nak rebus terus.ngah3
Balik tu singgah kedai jap beli santan dengan daun pandan. Tumpang solat umah kak ngah,pastu gigih panjat gunung everest laju2. Cipta rekod 20 saat je dah sampai. 
(-●●-) 

Masuk2 rumah,terus campak semua bahan dalam periuk nasik.kecuali santan tu la..masuk awal2 kang berketul2 pulak.

Pas solat,order pizza pulak. Hahaha..raya makan pizza.tak senonoh. Tapi tu je la yang mampu nak disediakan dalam masa yang singkat. 

Lepas isyak dorang datang. Malu sebenarnya.umah den buruk. Kerusi xde tv xde..😷😷😷
Tapi nak buat camne..tu sume preparation untuk pindah umah bawah.eh!
menggunung sangat cita2 tu.kang tak dapat jangan terjun kerusi pulak.hohooo

makan2- entah2 dorang tak kenyang (T__T)
pastu saya layan amanda ngan awliya' si gendut..
then masanya untu berpisah sekali lagi...sob3


setting tempat nak bergambor

tengah jalan pun jadik..tapi gelap..

bila jumpa cahaya. bergambor puas2..
alhamdulillah malam last ni berkumpul semua (^____^)




laki bini kene tampor dengan anaknye...sob3


Panjang umur jumpa lagi ya.. <3 <3 <3