Saturday, May 2, 2015

#bantahgst

dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

semalam 1 mei 2015, ade perarakan bantah gst..tengok macam ramai.baguslah....tapi saya malas nak amik port sangat..amik port in term of join bende2 gitu la.. sebenrnye takde la suke pun dengan gst ni sebab well, malaysia kan...nak tiru negara orang..tapi tiru separuh2 tak ikut yang spatutnya. memang buat orang marah la..

itu bukan isu yang saya nak bebelkan hari ni. nak sokong ke nak bantah ke, terserah kat individu. masing2 ade pemikiran sendiri. yang kaya raya, duit sentiasa berkepuk2 dalam poket yang pikir alahai 10sen 2 je, sedekahlaaaahhhh...blh la kot nak terima gst ni. yang xle terima pun xpe..memang 10sen pun sangat berharga pada golongan miskin macam kita ni kan. tak tau la masih taraf miskin ke dah jatuh taraf lagi jadi papa kedana..hurmm

ok, melalut lak..

semalam, hasil perarakan, demo mereka2 yang bantah gst ni naik la beberapa post yang mengutuk tindakan vandalisme yang terjadi.. YES! saya pun benci vandalisme! tapi yang saya tak senang nak baca bila tuan tanah post tu duk kutuk orang2 yang datang untuk bantah. memang kerana nila setitik rosak susu sebelanga. kalau dulu, mungkin saya pun akan fikir macam tu. buat malu bla3 whatsoever...itu dulu... tapi, saya teringat cerita seorang pensyarah saya masa kami keluar bersama.

ringkasan dari cerita beliau.

masa zaman dia belajar, ade demo reformasi anwar ibrahim. pensyarah saya ni teringin nak rasa pengalaman join demo2 ni. maka, dengan beberapa *ramai jugak la budak2 u dia yang join* orang student, mereka pun pergi la. demo dimulakan dengan tenang. sambil berpegangan tangan *pompuan2 je* mereka berarak sambil berselawat dan berzikir. semasa mendengar anwar berucap, ade la suara2 sumbang yang cuba menimbulkan provokasi..daaaaannnnn....akhirnya pergaduhan pun berlaku... 
mereka *student2* terus diarah untuk berundur atas keselamatan, sambil lengan mereka berpaut kuat antara 1 sma lain -tetibe jadi cerpen ni dah kenapa...haha-. sebab masa tu polis dah datang sume2 yang berkawal la..nk sembur air segala. then lepas tu, student2 ni sume disuruh chow cin cau sebelum bnde lebih teruk terjadi. hasil pengalaman beliau ni, ape yang saya dapat simpulkan *pensyarah saya juga menyatakan demikian*- bile ade demo2 ni sume, asalnye xde pape pun... tapi disebabkan ade orang yang provok, yang cari pasal, tu yang jadi gaduh tu..
PERSOALANNYA,
siapa orang itu..??
adakah parti pembangkang atau sebaliknya??
TETTTT!!!
jawab la sendiri...

kalau korang la kan...join program persatuan contohnye la.. korang ade saje2 nak rosakkan majlis ke?
lu pikir la sendiri...
xde nak salahkan pihak sebelah...xmustahil jugak dalam ahli sendiri tu perangai macam taik..
tapiii... kalau orang A yang buat salah, salahkan dia je.. jangan la si B sampai Z pun terkait sekali..

same la jugak dengan kes #bantahgst semalam ni...

bile saya tengok gambar2 yang dorang tengah conteng2 tu, dengan sepanduk yang tulisan macam ...errr...sekali pandang teringat zaman2 black metal dlu, buat saya terfikir..apekah betul niat dorang nak menunjukkan betapa ramainya yang bantah gst ni atau ade niat lain. niat dalam hati..saya bukan boleh dengar kata hati orang untuk simpulkan yang sebenarnya.

ade juga yang kutuk, ibu bapa bawa anak2 kecil , dengan cuaca panas, dan BAHAYA sebegitu..
cuaca panas memang ye..tapi, dorang kan mak bapak budak tu...pandai la dia jaga anak die..kalau kat tengah jalan tu panas, tepi jalan kan ada...mesti la dorang bawak anak2 dorang lalu kat bawah pokok... even tengah jalan pun, bawak stroller kan ade penutupnya..orang kalau nak timbulkan isu, ade je bende nak jadikan point..
BAHAYA..
bahaya in term of what?
tujuan asal dorang cume berarak untuk bantah je..orang biase2 yang bukan kaki gaduh kalau pegi demo, otak die dah tune nak berarak, jalan2 je...xde istilah gaduh2 ni.. so, macam saya cerita kat atas tadi tu la..suasana BAHAYA tu siapa sebenar yang cetuskan?


p/s: cgpa saya tak sehebat menteri2 sekarang. dulu masa saya kecik, saya terjebak jugak dengan kata2 orang yang tun m tu penipu, dan lain2. tapi bila saya dah besar, ble saya boleh berpikir ni. memang saya tak nafikan, tun m adalah PM yang terbaik buat masa ni. kalaupun masa pemerintahan tun ade salah silap, manusia..sume buat silap. tapi kesilapan berkali2, tu bodoh namanya. tu la sebab perlu nya ambil orang yang BERILMU untuk tadbir negara. cgpa tggi, tak mnnjukkn orang tu betul2 berilmu atau tak..................

#tunmtakberkeseorangan

DIA YANG DULU, AMBIL DAN PULANGKAN SEMULA
SITUASI MENANG MENANG KATA ORANG
DIA YANG SEKARANG, YANG DIAMBIL LEBIH DARIPADA YANG DIPULANGKAN
ADA JUGA YANG DIAMBIL DAN TIDAK DIPULANGKAN
SITUASI KAU NAK MATI PUN AKU KESAH APA!

-rakyatmarhaen-

*menangis dalam hati memikirkan nasib anak-anak akan datang*